UPSR 2016

Tuesday 12 May 2015

PERSEKITARAN SK TANJUNG KUPANG, GELANG PATAH

     Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1929, bermula sebagai sekolah rakyat. Bangunan asal daripada kayu dan beratap nipah dibina di atas sebidang tanah berhampiran kawasan sawah. Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Tuan Haji Ishak bin Ahmad.
Enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1934, kawasan sekolah ini dapat diperluaskan sehingga kira-kira dua ekar setengah kerana beberapa orang penduduk kampung mendermakan tanah mereka untuk memajukan sekolah ini. Dengan demikian, dua buah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu dapat didirikan. Dengan jumlah enam bilik darjah, seramai kira-kira 140 orang murid dapat ditampung untuk belajar di sekolah ini.
     Menjelang tahun 1962, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah menjadi tiga buah bangunan dengan jumlah sembilan buah bilik darjah dan menampung kira-kira 220 orang murid.
     Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu.









PROFIL SEKOLAH

Keluasan Tanah     : 2 ekar
Mula Dibuka          : Tahun 1931
Lokasi                    : Luar Bandar
Jarak ke JB            : 52 km

SENARAI GURU BESAR

1932-1936 En Abdullah bin Mohamad
1936-1954 En Othman bin Abdul Samad
1954-1969 Tn Hj Johar bin Ibrahim
1970-1979 Tn Hj Abd Hamid bin Abd Ghani
1980-1998 Tn Hj Abdul Aziz bin Ahmad
1998-2001 En Abdullah bin Salleh
2001-2013 En Mohd Hasim bin Sudiman
                   En Mohd Yusof bin Muhamad
                   Pn Asidah binti Talib
                   Pn Hajah Khadijah binti Md Don
                   Pn Too Sau Chan
                   En Saian bin Talib
                   Pn Hjh Latiffah binti Sulaiman
                   Tn Hj Mohd Hassim bin Sohimy
                   Tn Hj Basiron b Yusof
2014-2015  En Johori bin Udar
2016-kini    Pn  Zaiton binti Jalaludin

No comments:

Post a Comment